Standard Perhiasan Perak 925 atau Sterling Silver

December 4, 2008

Sepanjang tempoh saya berniaga menjual barang perhiasan perak 925 atau juga dikenali dengan 'silver sterling',soalan yang biasa ditanya adalah sama ke dengan silver yang dibeli di kedai-kedai biasa atau pasaraya.

Soalan yang sangat luas dan susah nak dijawab kerana saya tidak tahu perak macammana yang anda beli dan silver macammana yang anda maksudkan. Jadi untuk memudahkan kerja anda untuk mengetahui apa yang dijual di JewelrySilverWorld.com, saya akan terangkan mengenai standard perhiasan perak kami iaitu perak 925.

Barang perhiasan perak 925 atau dipanggil dengan sterling silver ataupun Perak Asli.

Kenapa 925? Ia adalah merujuk kepada kandungan perak di dalam perhiasan tersebut. Seperti juga emas, perak juga ada piawaian tertentu untuk mendapat nama sebagai perak asli. Perhiasan 100% silver tidak wujud kerana sifat logam perak yang sangat lembut dan susah dibentuk. Jadi 92.5% minimum kandungan logam perak telah dicampur dengan logam lain seperti palladium atau tembaga.

Bagaimana pun JewelrySilverWorld.com memilih perhiasan perak 925 yang dicampur dengan Palladium. Ini kerana sifat logam palladium yang tidak berkarat dan lebih hampir kepada sifat platinum atau emas putih. Apa yang membezakannya Palladium lebih gelap daripada Platinum. Gabungan ini melengkapkan sifat semulajadi perak yang lebih putih menjadikannya kegilatan yang sempurna.Untuk menentukan kesahihan fakta yang didakwa oleh pengilang, kami meminta pihak pembekal mengemukakan sijil pengesahan seperti ini.




Pastikan perhiasan perak yang anda beli mempunyai tanda '925' yang menentukan keaslian aksesori perak anda.Apa yang pasti...

Perhiasan Perak : Menang Membeli, Menang Memakai
Perhiasan Emas Putih/Platinum : Kalah Membeli, Menang Memakai

Mana yang jadi pilihan anda?

No comments :

Post a Comment

Theme by: Pish and Posh Designs