Elakkan Mengguna Pencuci Perak Cecair

December 3, 2008

Semasa membeli aksesori perak, anda mungkin ditawarkan dengan pencuci perak berbentuk cecair. Selain mendapat jualan daripada barang kemas perak, penjual juga mendapat untung daripada hasil jualan pencuci. Ada juga yang memasang strategi menjual barang kemas perak pada harga murah, tetapi mengaut untung dari jualan pencuci kerana kosnya yang rendah.

Lupakan tentang untung atau rugi peniaga kerana yang penting pembeli tidak rugi.

Mencuci barang kemas anda seperti rantai perak, cincin perak, subang perak, gelang perak dengan pencuci kimia akan melunturkan dan merosakkan barang tersebut. Mungkin beberapa kali menggunakan bahan pencuci itu, barang kemas anda kelihatan bersinar seperti baru. Tetapi dalam tempoh yang lama, aksesori perak anda akan bertukar warna dan ia tidak akan mendapat kilatan yang sama lagi.Celupan dengan pencuci bercecair juga menyebabkan batu permata yang dipasang pada barang kemas anda juga mengalami nasib yang sama.

Pencuci kimia cecair walaupun dikatakan khas untuk mencuci perak sebenarnya menghakis lapisan patina yang terbentuk. Bukan sahaja silver yang luntur, tetapi juga batu permata anda akan rosak dan 'setting' nya mungkin lari.

Cuba bayangkan,batu permata asli seperti ruby, sapphire, zamrud, akik, opal yang rosak kerana anda terpedaya dengan cakap jurujual. Kerana sebotol pencuci kimia yang murah itu, anda mengorbankan koleksi barang kemas silver yang anda sayangi...

Sebagai alternatifnya, guna kain pembersih yang khas untuk barang kemas yang anda boleh dapat di kedai-kedai menjual barang kemas atau di pasaraya. Kain pencuci ini memang telah dimasukkan bahan pembersih yang bersesuaian. Kain pencuci untuk barang kemas telah disyorkan dan diguna oleh pakar untuk mengelap barang kemas yang mereka jual.

Sebelum menyimpan aksesori perak anda, lap dan bersihkan dengan teliti dengan kain pengelap barang kemas. Ini untuk menghilangkan minyak, cap jari dan habuk. Masukkan kembali ke dalam plastik dan simpan di tempat yang kering. Gunakan ruangan yang berbeza untuk barangan aksesori perak.

Sayangi barangan aksesori perak anda kerana anda pernah jatuh cinta pada aksesori itu pada satu masa dulu.

No comments :

Post a Comment

Theme by: Pish and Posh Designs