Pakai Setiap Hari Untuk Menambah Kilatan Pada Aksesori Perak

December 1, 2008

Jika sayangkan seseorang, anda akan mencurahkan perasaan cinta dengan menjaga hati orang yang tersayang. Anda akan mengambil berat tentang orang itu. Anda tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada orang yang anda sayang. Lihatlah bukti kasih sayang anda pada anak anda sendiri. Anda sediakan bilik yang selesa, baju yang cantik dan makanan yang sedap. Ini adalah bukti kasih sayang anda dan anak anda juga akan tunjukkan kasih sayangnya pada anda.

Aksesori perak anda juga perlukan kasih sayang anda. Ia juga perlukan tempat simpanan yang baik, dipakai dengan cara yang betul, dilap dengan sempurna seperti anak anda. Anda jaga aksesori perak anda dengan sempurna dan ia akan kekal berseri sehingga ke anak cucu. Aksesori yang anda pakai melambangkan siapa diri anda yang sebenar. Aksesori perak yang sentiasa bersinar dengan kilatan yang sempurna menunjukkan anda seorang yang rapi. Orang yang rapi akan sentiasa cantik dan juga 'high class'.

Mungkin sesekali kita terfikir ataupun cemburu melihat aksesori contohnya cincin perak kawan anda lebih berkilauan dan nampak cantik. Padahal cincin anda yang lebih mahal dan jarang dipakai. Nak kata cincin perak anda beli tidak berkualiti, anda beli cincin itu bersama-sama dari penjual yang sama pada masa yang sama. Pelik betul bila cincin perak anda sudah hilang serinya. Agaknya di mana salahnya...

1) Sentiasa memakai aksesori perak anda

Patutnya bila makin kerap dipakai, makin lusuhlah sesuatu barang tu...

Tetapi aksesori perak berbeza, aksesori yang anda pakai setiap hari akan lebih berkilat berbanding aksesori yang telah lama anda simpan.Ini kerana perak adalah sejenis logam yang mudah ter'oksida' bila terdedah kepada oksigen dan sulfur. Proses pengoksidaan inilah yang menyebabkan silver akan menjadi luntur dan hilang serinya.

Sebaliknya aksesori perak yang kerap dipakai, lama-kelamaan akan membentuk satu lapisan yang dipanggil 'silver patina'. Ia adalah lapisan nipis yang akan menambahkan kilatan pada aksesori perak.Lapisan ini akan membuatkan aksesori perak anda lebih berkilat dari yang baru dan sangat cantik.

Jadi selepas ini anda boleh bereksperimentasi dengan memakai rantai, cincin, gelang, subang perak anda. Jangan lagi disimpan untuk acara tertentu sahaja kerana takut pudar. Pakai setiap hari dan anda akan terkejut kerana selepas beberapa tahun, ia semakin cantik dan bersinar. Mungkin akan ada kawan yang menyangka anda memakai emas putih...

No comments :

Post a Comment

Theme by: Pish and Posh Designs